Now Reading
Macam Mana Neelofa Dapat Nama Dia?

Macam Mana Neelofa Dapat Nama Dia?

NAMA Neelofa, memang unik. Rasanya jarang orang Melayu yang diberikan nama sebegitu. Sesetengah pihak menyifatkan Neelofa sebagai ‘beauty with brains’ iaitu cantik dengan bijak.

Bagaimanapun ibu beliau, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tampil mendedahkan asal usul sebenar nama anaknya itu yang kini dikenali sebagai pelakon dan pengacara cantik dalam satu wawancara khas bersama Astro Gempak.

Beliau berkata, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor sebenarnya diambil daripada nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bahru, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

“Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya (sebuah pusat beli-belah) bersama-sama dengan kakak saya untuk menemaninya bagi membeli produk kosmetik antarabangsa Lancome.

“Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, ‘sneakers‘ (kasut getah) dan tudung bawal putih. Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya!

https://youtu.be/IFHQJ9vXLMg

Dipetik dari mynewshub 

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.