Now Reading
Wanita Hero! Padam Api Dan Selamatkan Nyawa Mangsa Terbakar Guna Jubah

Wanita Hero! Padam Api Dan Selamatkan Nyawa Mangsa Terbakar Guna Jubah

Guna Jubah Padam Api

Satu kejadian baru-baru ini di Abu Dhabi telah mendorong Jawaher Saif Kumaiti menggunakan jubah untuk memadamkan api dan menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang terbakar selepas kenderaan dinaiki kemalangan.

Jawaher, 22, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melawat rakannya di hospital dan dia ternampak dua trak terbakar dan mendengar jeritan mangsa menjerit meminta tolong.

Mangsa Harkirit Singh, berjaya keluar dari kenderaan terbakar itu malangnya bajunya dijilat api.

Jawaher yang melihat kejadian dengan pantas meminta rakannya membuka jubah dipakai bagi membantu memadamkan api.

Jawaher menceritakan yang beliau terkejut melihat dua trak terbakar dan ternampak seorang lelaki menjerit meminta tolong lantas meminta jubah rakannya yang menumpang kereta dan segera membantu pemandu trak itu memadamkan api. Beliau  menenangkannya dan memberitahu dia akan selamat kerana pasukan keselamatan akan tiba tidak lama lagi.

Sumber: zayan.my

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.