3 Pelajar Malaysia Juara Utama Pertandingan Di Korea.
![](https://bahasa.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2019/08/malaysia-korea-student-1.jpg)
Tiga pelajar Malaysia Dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR) Pekan, Pahang, telah mengharumkan nama negara dengan memenangi anugerah utama selaku pasukan terbaik pada pertandingan Olimpiad Standard Antarabangsa ke 14 yang berlangsung di Anseong, Korea Selatan.
Tiga pelajar terbabit iaitu , Farhah Batrisyia Abdul Rahim, Nur Amalina Diyana Azman dan Nur Isyirah Zulkafli bersama guru pembimbing mereka Rose Nabiella Muhd Rusli telah dinobatkan Anugerah Perdana Menteri Republik Korea, dan turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah KRW 2,000,000 (RM6,958.33)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri dalam satu kenyataannya pada malam rabu, menyatakan bahawa pasukan tersebut telah mengalahkan 48 pasukan lain dari China, Ecuador, Indonesia, Jepun, Kenya, Korea Selatan, Peru, dan juga Singapura.
Tidak cukup dengan kejayaan terbabit, satu lagi pasukan dari Malaysia iaitu dari Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) Kuala Berang, Terengganu telah menerima Anugerah Khas Korea Evaluation Institue of Industrial Technology (KEIT) untuk prestasi baik mereka dalam penulisan dokumen standard/teknikal , persembahan secara lisan dan kerja sepasukan.
on behalf of MITI Minister, KSU together with DG JSM & Dep. Ceo MARii gathered at KLIA to congratulate groups of students who made Malaysia proud in THE 14TH INTERNATIONAL STANDARDS OLYMPIAD COMPETITION. The students were jointly trained by JSM and MARii prior to the competition. pic.twitter.com/Hiizh88NOV
— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) July 28, 2019
Para peserta diuji dalam menghasilkan dokumen standard/teknikal untuk topik –Robot Untuk Kegunaan Di rumah – Kriteria Prestasi dan Kaedah Ujian berkaitan untuk Robot Cucian Kering (Kategori Menengah Atas) dan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu– Kriteria Prestasi dan Kaedah Ujian untuk drone (Kategori Menengah Rendah)
Pertandingan tahunan anjuran Korean Agency for Technology and Standards (KATS) dan Korean Standard Association(KSA) ini akan menguji tahap pengetahuan dan profisiensi para peserta dari perspektik ‘standard’
Selain itu mereka juga harus mengintegrasikan kreativiti, pengetahuan saintifik dan teknologi mereka.
Terdahulu Standards Malaysia melalui akaun media sosial mereka telah mengumumkan kemenangan tersebut . Satu lagi perkara yang membanggakan rakyat Malaysia !
Congratulations to Malaysian Teams, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang for winning the Grand Prix Award & Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu for winning (KEIT) Special Award at the 14th International Standards Olympiad pic.twitter.com/fdRLpoJMFs
— Standards Malaysia (@STANDARDS_MY) July 26, 2019