Now Reading
Roberto Nevilis, ‘Pengasas’ Konsep Kerja Sekolah

Roberto Nevilis, ‘Pengasas’ Konsep Kerja Sekolah

Tanya saja pada anak atau adik kita yang masih bersekolah, apa perkara yang paling tidak disukai mereka semasa cuti atau selepas pulang dari sekolah? Pasti rata-rata akan memberikan jawapan sama : “Kerja Sekolah!”

Dipetik dari Wiki, Kerja sekolah adalah kerja yang diberikan oleh guru, sekolah atau apa-apa institusi pendidikan. Istilah ini biasanya merujuk kepada kedua-dua kerja yang perlu disiapkan di rumah (kerja rumah) dan kerja yang perlu disiapkan di dalam kelas.

Penulis rasa tak perlu jauh untuk menjelaskan pasal kerja sekolah, sebab rata-rata kita pernah bersekolah kan? Haha

Namun persoalan utama, siapa sebenarnya yang mencipta sistem kerja sekolah/rumah ni ?

Seorang guru  Roberto Nevilis memperkenalkan konsep kerja sekolah pada tahun 1905 di sebuah sekolah di Venice, Italy. Semuanya gara-gara melihat anak muridnya yang mempunyai banyak masa lapang selepas tamat sesi persekolahan.

Dikenali sebagai seorang pengajar yang sangat tegas, Nevilis merasakan yang dia perlu membuat sesuatu bagi memastikan mereka menghabiskan masa sebaik mungkin, dia kemudiannya menghukum pelajar-pelajar tersebut dengan mula memberikan kerja sekolah setiap hari.

Selain dari itu, dia juga mahu memastikan yang anak-anak dididiknya faham sepenuhnya ,setiap apa yang telah mereka pelajari di sekolah.

Jadilah macam Lisa yang suka homework ni.

Namun tak siapa menyangka ‘hukuman’ tersebut akhirnya popular dan sudah diikuti semua institusi pendidikan di dunia.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.