Now Reading
Bakti Seorang Guru, Pikul Peti Ais 40kg, Redah Sungai & Hutan 10km Demi Anak Murid

Bakti Seorang Guru, Pikul Peti Ais 40kg, Redah Sungai & Hutan 10km Demi Anak Murid

Demi menyediakan kemudahan kepada anak muridnya, seorang guru sanggup menempuh perjalanan sejauh 10 km dengan memikul peti ais seberat 40 kg.

Perjalanannya selama hampir 7 jam itu juga cukup mencabar, dimana beliau terpaksa meredah hutan, sungai, bukit, titian kayu dan jambatan gantung untuk sampai ke detinasi yang ditujuinya; Sekolah Kebangsaan Longkungongon yang terletak jauh di kawasan pedalaman di antara dua daerah iaitu Penampang dan Tambunan.

Satu pengorbanan yang sangat tinggi yang dilakukan oleh Cikgu Malim Longkunggongon atau nama betulnya, Harry Yanto Bikal, 39, demi menyediakan kemudahan kepada sembilan muridnya di sekolah berkenaan.

Klip video perjalanan Cikgu Malim yang dikongsikan oleh seorang kaunselor sekolah di Penampang, Hajah Maznah Abd Ghani di Facebook  telah menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular dan setakat ini telah ditonton lebih 216,000 orang.

Memetik Harian Metro, Cikgu Malim membeli peti ais itu hasil sumbangan guru-guru di sekolah berkenaan bagi memastikan bekalan bahan mentah yang digunakan untuk enyediakan makanan kepada murid mampu bertahan lama.

“Usaha ini sudah lama dirancang kerana tidak mudah untuk mengangkat peti ais dengan keadaan jalan tidak boleh diakses apa sahaja kenderaan.

“Ini kerana laluan untuk ke SK Longkungongon melalui hutan berbukit dan menyeberangi beberapa sungai menyebabkan tiada kenderaan boleh sampai ke situ.

“Namun keadaan itu tidak mematahkan semangat saya dan guru menyediakan yang terbaik kepada murid,” kata beliau kepada portal berkenaan.

Dia yang mula bertugas di sekolah berkenaan sejak 2017 turut memberitahu video yang viral itu tu dirakam oleh seorang lagi guru yang turut serta bersamanya sewaktu membeli peti ais itu di pekan Donggonggon, bulan lalu.

“Pada 7 pagi saya bersama rakan tiba di laluan utama selepas menaiki kenderaan dari pekan Donggonggon. Saya dan rakan meneruskan perjalanan sambil memikul peti ais diikat rapi pada belakang dengan menggunakan tali.

“Kebiasaannya saya hanya mengambil masa tiga hingga ke lima jam untuk sampai ke sekolah. Namun dengan memikul peti ais, tempoh masa untuk tiba di sekolah memakan masa selama tujuh jam,” katanya.

Semoga pengorbanan Cikgu Malim Longkunggongon dan semua guru-guru di SK Longkungongon akan terbalas dengan kejayaan anak-anak murid mereka kelak. Sememangnya mereka adalah pendidik yang sejati .

Tonton video dibawah :

Semoga Tuhan memberkati kehidupan mu Cikgu Harry. Baktimu sebagai Guru Bakti pedalaman amat menyentuh hati 7-8 jam perjalanan mu dgn membawa bebanan terpikul dibahumu.. tidak dapat ditandingi oleh nilai jutaan ringgit demi untuk anak-anak didikmu murid murid Di Pedalaman SK Longkugongon Penampang.. Tolong Share… " Cikgu Malim Longkungongon" Bakti seorang Guru..tidak dapat kita balas hingga hujung Nyawa.. Terima Kasih CikguTq GB Ken Vun.. Cikgu Harry Dan warga SK Longkugongon, PIBG. Saya akan melihat hasil hasil Mentor Mentee kita. Doakan saya mampu untuk menjejak keindahan SK Longkugongon…. EKSA, Inap Desa, Asrama Desa, Tmn Eko Sains..Kelas yang menarik. Bilik guru yg selesa, PIBG yang membantu..Terima Kasih Cikgu, Sayang anda semua.

Posted by Hajah Maznah Abd Ghani on Tuesday, February 11, 2020

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.