Now Reading
Hanya Dengan Bunyi Kunci, Penjenayah Kini Boleh Hasilkan Pendua Kunci Anda

Hanya Dengan Bunyi Kunci, Penjenayah Kini Boleh Hasilkan Pendua Kunci Anda

Jika anda perasan, setiap kali membuka dan mengunci pintu seperti rumah dan pejabat, pasti kunci dan tombol pintu anda akan menghasilkan bunyi.

Bunyi ini sebernya terhasil dari pergerakan dan pergeseran antara kunci dan lubang kunci tersebut.

Namun tahukah anda, menurut satu kajian oleh pengkaji di National Univerisity of Singapore (NUS) hanya berdasarkan bunyi tersebut, pencuri kini sudah boleh menghasilkan pendua kunci anda .

– Security and privacy -> -1Side-channel analysis and countermeasures.- Hardware -> -1Sound-based input / output.

Kedengaran berbahaya bukan ?

Kaedah ini dinamakan SpiKey dimana mereka hanya memerlukan mikrofon dari smart phone (untuk mendengar dan merakam) dan aplikasi perisian khas

Foto : The Sun

Bukan itu sahaja, keadaan akan lebih memudahkan penjenayah ini sekiranya berjaya menggodam telefon anda, justeru mereka tidak perlu berada berdekatan untuk mendengar bunyi kunci tersebut.

Berbekal rakaman audio bunyi kunci berkenaan, penjenayah terlatih itu kemudiannya akan membuat salinan kunci dengan beberapa faktor yang diambil kira iaitu jenis kunci, jarak diantara setiap bunyi yang dihasilkan pin kunci dan pelbagai lagi.

Secara puratanya teknik mereka ini akan berjaya menghasilkan 3 -5 yang mana salah satunya akan berjaya membuka pintu berkenaan dari keseluruhan 330,420 kunci.

“On average, SpiKey is able to provide 5.10 candidate keys guaranteeing inclusion of the correct victim key from a total of 330,424 keys, with 3 candidate keys being the most frequent case,”

Saksikan pembentangan penuh mereka di Hot Mobile 2020 untuk rujukan anda

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.