Adik Ini Ajar Cara Mudah ‘Goreng’ Keropok Ikan Guna Microwave Tanpa Minyak
![](https://bahasa.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2019/09/adik-keropok-microwave.jpg)
Anda suka makan keropok ikan goreng? Penulis juga menyukai nya, lagi-lagi keropok ikan yang dibeli dari Terengganu atau Kelantan. Rasanya memang umphhhh SEDAP! Namun satu perkara yang paling tak menyeronokkan ialah bila kita kena goreng keropok tu sendiri.
Aduh nak main minyak lagi, kena duduk tercongok dekat dapur lagi . Leceh!
![](http://giphygifs.s3.amazonaws.com/media/12ckJSFmIzjNpm/giphy.gif)
Namun kini tidak lagi! Seorang pengguna twitter, Lisa telah berkongsi cara baru yang digunakan oleh adik perempuannya untuk ‘menggoreng’ keropok ikan. Apa yang menariknya cara baru itu sebenarnya ditemui tanpa disengajakan kerana si gadis kecil itu takut bermain dengan minyak.
Oh ya! Penggorengan tanpa memerlukan minyak ok!
Adik aku ni istimewa and dia pi masak keropok dalam microwave ???????? Aku ckplah kena masak ngan minyak and dia ckp dia takut tk pndai and aku try sumpah sedap!! Lagi sedap dri masak ngn minyak!! I swear!! Lpas ni mmg aku masak guna microwave la pic.twitter.com/QaNuHPnKEh
— Bul ???????? (@lisaa_aa98) September 2, 2019
Perkongsian Lisa itu mendapat perhatian warga twitterjaya yang rata-ratanya kagum dengan ‘penemuan’ baru oleh adik nya itu, lebih-lebih lagi kaedah penyediaannya yang tersangat mudah malah tidak memerlukan minyak. Apa yang anda perlukan hanyalah keropok ikan + pemanasan di microwave selama 1-2minit dan lihatlah hasilnya!
Dah siap! Rasa pun sedap!
![](https://bahasa.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2019/09/keropok-siap-digoreng-768x1024.jpeg)
Malah perkongsian itu turut mendapat perhatian Neelofa, dan pengacara itu turut membalas kicauan tersebut dengan memuji malah mengucapkan terima kasih pada si adik kerana tips tersebut.
Aww bless your sister! ❤️ And thank you for the great tip on the keropok! Hehehe https://t.co/J4Ssz4Cnxw
— Neelofa (@Neelofa) September 3, 2019
Apa yang mencuri perhatian penulis dan warga twitterjaya adalah adik tersebut sebenarnya adalah kanak-kanak istimewa yang mengalami Global development delays (GDD) . Walaupun begitu menurut Lisa, adik perempuannya ini seorang yang sangat rajin sehinggakan baju adik-beradik yang lain pun dia yang gosokkan!
Bagus adik ni! Dahlah Rajin!
Teknik ini telah baru dicuba oleh beberapa warga twitterjaya dan salah seorangnya telaht berkongsikan hasil dari kaedah ‘gorengan’ tersebut. Ia memang menjadi!
just try this and fr jadi gaisssss ! https://t.co/Gw1MAnS0v4 pic.twitter.com/bVdodLrJcG
— C H A P ™ (@shafikarosli) September 3, 2019
Perkongsian Lisa setakat ini sudah mendapat 21 ribu tanda suka, dan 19,500 kali di ulang kicau. Syabas adik!
Penulis pun nak cuba lah selepas ni! Boleh la selalu makan keropok lepas ni! Masak sambil tulis artikel pun da boleh! Hahaha