Now Reading
Jangan Serahkan MyKad Anda Kecuali Kepada 5 Golongan Ini

Jangan Serahkan MyKad Anda Kecuali Kepada 5 Golongan Ini

Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menggunakan  kad pengenalan diri yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik demi keselamatan dan kesahihannya pemiliknya. 

Selain itu Kad pengenalan diri ini atau nama lain nya, MYKAD juga berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya seperti lesen memandu , maklumat kesihatan , maklumat passport , Touch n Go juga Kad ATM. Malahan sebarang permohonan pembiayaan kewangan turut memerlukan salinan mykad sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama.

Ini membuatkan mykad menjadi satu benda penting yang boleh dieksploitasikan untuk kegiatan jenayah. Jadi adalah sangat penting untuk kita menjaganya dan tidak sewenang-wenangnya memberi kad dokumen tersebut pada orang lain bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang tak diingini .

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak memberikan MyKad mereka kepada sebarangan orang.

PDRM dalam kenyataan turut menyenaraikan hanya 5 golongan yang boleh menyimpan dan memegang mykad orang awam iaitu

#1 Pegawai polis

#2 Pegawai pendaftaran JPN

#3 Pegawai Kastam

#4 Mana-mana pegawai atau kelas  atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah

#5 Anggota tentera yang bertugas dan menjaga dan mengawas

Mereka turut menekankan bahawa pengawal keselamatan di mana-mana premis termasuk di kawasan perumahan sama sekali tidak boleh memegang atau menyimpan MyKad orang awam.

Ini adalah satu kesalahan di bawah peraturan 23, Peraturan- peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.