Now Reading
Pakcik Beli Iphone 11 Di Sindir Untuk Pergi Umrah, Rupanya Bukan Calang-Calang Pakcik Ni

Pakcik Beli Iphone 11 Di Sindir Untuk Pergi Umrah, Rupanya Bukan Calang-Calang Pakcik Ni

Isu memiliki Iphone dari dulu memang menjadi satu topik hangat di Malaysia . Bukan disebabkan features nya tapi lebih kepada harganya yang sangat mahal sehinggakan muncul gurauan yang  menyatakan anda perlu menjual buah pinggang sekiranya anda ingin memiliki handphone jenama berkenaan.

Kehadiran iphone 11 di Malaysia pasti lebih mensensasikan cerita ini, terbaru seorang pakcik yang merupakan pemilik iphone Pro Max di Kota Bharu Kelantan turut mendapat tempiasnya.

Difahamkan gambar pakcik tersebut bersama anaknya telah dikongsikan oleh Switch, salah satu pengedar sah barangan Apple di Malaysia,  sebagai tanda penghargaan kepada mereka selaku pembeli pertama Iphone 11 Pro dan 11 Pro Max di sana.

Bagaimanapun posting tersebut menyebabkan pakcik berkenaan disindir oleh seorang netizen yang mencadangkan agar beliau menggunakan wang tersebut untuk pergi menunaikan umrah berbanding mendapatkan telefon berkenaan.

Tindakan toksik pengguna sosial berkenaan mengundang kecaman netizen yang berang dengan perangai nya yang menyindir pakcik berkenaan tanpa usul periksa . Nak tau kenapa??

Kerana ‘pakcik’ tesebut adalah pakar perubatan terkemuka di Kota Bharu.

Bahkan keperibadiannya sangat disanjungi oleh pesakit, bekas pesakit malahan golongan doktor dan masyarakat disana.

Malah turut di hormati oleh para doktor

Kaum keluarga turut munculkan diri

Sedikit sebanyak info mengenai Dr Nila

Nasihat kami kepada netizen di luar sana, kurang-kurangkan menjadi toksik dalam masyarakat, fikir dan kaji dulu sebelum berkata-kata. Bersama kita jadikan ruang cyber di negara kita sebagai ruang yang aman , bersih dan tidak saling membenci.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.