Now Reading
Jual Nasi Ayam RM 1.90, Peniaga Ini Tak Kisah Untung Hanya 10 Sen

Jual Nasi Ayam RM 1.90, Peniaga Ini Tak Kisah Untung Hanya 10 Sen

Tanya sahaja pada sesiapa yang menjalankan perniagaan, apa kah motif utama mereka berniaga ? Jawapannya mungkin berbeza, sama ada inginkan kepuasan , kebebasan dan banyak lagi.Tapi jawapan yang pasti ada ialah keuntungan.

Namun lain pula bagi peniaga nasi ayam di Gerai Majlis Perbandaran Segamat ini yang masih mampu menjual sepinggan nasi ayam dengan harga yang tidak masuk akal; RM 1.90 untuk satu pinggan.

Dipetik dari Harian Metro, Dzaul Kafli, dan isterinya Nur Zara Kassim, menjual set ayam dengan harga murah berbanding harga pasaran sekitar RM 4 hingga Rm 7 sepinggan  ini bertujuan untuk mengurangkan beban pelanggan mereka terutamanya golongan B40

Mengakui walaupun keuntungan yang mereka perolehi untuk sepinggan nasi ayam  hanyalah 10 sen, namun Dzaul Kafli tetap bersyukur kerana dia dan isteri dapat berbakti kepada golongan B40 dengan cara ini.

“Walaupun untung hanya 10 sen, tetapi saya bersyukur dapat mengenyangkan perut pelanggan terutama dalam kalangan golongan B40 (berpendapatan terendah).

“Jadi saya perkenalkan harga jimat bagi memberi ruang kepada mereka merasai set nasi ayam murah tanpa perlu berkongsi,” katanya kepada portal Harian Metro  

Tambah peniaga itu lagi, dia mengecilkan sedikit ukuran potongan ayam pada bahagian dada, paha atau kepak bagi setiap set nasi ayam yang dijual. Namun masih mengekalkan semua ‘dressing’ yang lain seperti sup, sos pedas, timun dan daud sup.

Ramai pelanggan yang turut bertanyakan kepadanya bagaimana perniagaannya boleh bertahan dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar, Dzaul lantas menjawab dia menjana pendapatan tambahan melalui penjualan air minuman dikedainya.

“Permulaannya kami hanya mampu menjual tiga ekor ayam sehari namun ia kini meningkat kepada lapan ekor sehari berikutan sambutan yang diterima,” kata Dzaul lagi.

Nur Zara berkata, resepi nasi ayam itu dipelajari melalui ahli keluarga selain rujukan laman sosial.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.