Now Reading
Tidur Selepas Pukul 11 Malam Buat Anda Cepat Tua

Tidur Selepas Pukul 11 Malam Buat Anda Cepat Tua

Walaupun purata waktu tidur manusia berbeza bagi setiap individu, namun secara kasarnya manusia memerlukan tujuh jam waktu tidur untuk menjalankan aktiviti siang dengan baik,

Untuk kanak-kanak pula mereka mungkin memerlukan lebih waktu tidur dari orang dewasa.

Namun banyak faktor masakini, antaranya kesibukan kerja atau jadual kerja yang tidak tetap serta komitmen terhadap perkara lain boleh membuatkan seseorang itu sibuk sehingga kurang menjaga waktu tidurnya samaada terlewat tidur atau kurang waktu tidurnya.

Menurut seorang pakar kulit, Geoff Wright, badankita mempunyai ‘kiraannya jamnya’ dimana kulit akan mula melembap secara semula jadi bermula dari pukul 8 malam hingga 11 malam pada setiap hari.

Manakala, waktu selepasnya iaitu dari jam 11 malam sehingga jam 3 pagi pula adalah waktu dimana sel kulit melalui proses penjanaan semula dan penutrisian badan.

Proses-proses ini hanya akan terjadi dengan baik ketika tubuh badan sedang berehat atau erti kata lainny, tidur. Jika tidak berbuat sedemikian, proses penukar gantian kulit yang terjadi adalah sangat sedikit dan tidak optimum.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kulit anda kelihatan tua dan kusam.

Jadi, ingik kekal cantik dengan kulit wajah yang sihat dan berseri, cukup kan tidur anda dan pastikan seawal mungkin sebelum jam 11 malam ok?

Kekal sihat dan kekal cantik!

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.