Now Reading
Aliff Aziz Buat Hal Lagi, Dibelasah Ketika Sedang Mabuk?

Aliff Aziz Buat Hal Lagi, Dibelasah Ketika Sedang Mabuk?

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang memuat naik video bersama bekas isterinya Bella Astillah di Instagram mendapat sokongan dan dorongan untuk berubah daripada peminat.

BACA : Muat-naik-video-bersama-bella-astillah-peminat-minta-aliff-aziz-jangan-nakal-lagi

Namun, nama beliau sekali lagi mencetus kontroversi apabila video dia dipukul seorang lelaki pula tular.

Sebelum ini turut tular video memaparkan Aliff bertengkar mulut dan hampir bergaduh di hadapan restoran di Singapura beberapa minggu lalu.

BACA : Alif aziz bergaduh sampai tunjuk kemaluan?

Dalam kejadian terbaru ini, Aliff didakwa mencetuskan kekecohan apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran dipercayai di Singapura.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, Pio Dhurjana hari ini, Aliff yang memakai singlet putih dan berseluar pendek berwarna biru dilihat terbabit dalam pergaduhan.

Dalam kejadian itu, Aliff dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.

Difahamkan, Aliff dalam keadaan mabuk sehingga mencetus pergaduhan di tempat awam. Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan sebelum pihak berkuasa berada di tempat kejadian.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut membantu memapah Aliff beredar dari situ.

Netizen yang melihat video tersebut memberikan komen negatif terhadap beliau kerana sering menimbulkan kekecohan di tempat awam. Ada juga yang simpati dengan keadaannya yang seakan tidak terurus.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.