Now Reading
King Coco Bertanding Ketua Srikandi PPBM Bahagian, Ini Komen Netizen

King Coco Bertanding Ketua Srikandi PPBM Bahagian, Ini Komen Netizen

Lama tak dengar mengenai instafamous King Coco, gadis yang pernah menjadi bualan hangat di kalangan netizen suatu ketika dahulu.

King Coco atau nama betulnya Marshaira Ismail  kini sekali lagi menjadi topik hangat selepas poster dirinya sebagai calon untuk merebut jawatan ketua srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Bagan Serai tular di media sosial.

Menerusi poster berwarna merah tersebut, Instafamous itu King dilihat bertanding untuk jawatan tersebut bagi penggal 2020/2022.

Perkongsian tersebut sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada kalangan netizen. namun rata-rata mereka seakan tidak merestui dan mengecam tindakan King Coco yang menawarkan diri untuk bertanding dalam parti politik itu.

Dikecam hebat

Ramai yang beranggapan sekiranya dia terpilih memegang jawatan tersebut ianya pasti akan ‘menghancurkan’ reputasi parti berkenaan. Tidak kurang yang menyatakan terdapat lebih ramai lagi orang di luar sana yang lebih layak berbanding dirinya.

Namun carian kami Instagram miliknya tidak menemui sebarang kemaskini yang memaklumkan dia akan bertanding dalam pemilihan tersebut.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.