Now Reading
Covid-19 : Lembah Pantai Kepong Cheras Dan Titiwangsa Kini Zon Merah – Annuar Musa

Covid-19 : Lembah Pantai Kepong Cheras Dan Titiwangsa Kini Zon Merah – Annuar Musa

Memasuki hari ke- 6 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), angka keseluruhan kes positif covid-19 dilihat semakin meningkat.

Menerusi data yang disalurkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat hari ini sahaja sudah terdapat 1,306 kes positif dan 10 kematian dicatatkan di dalam negara.

Namun di sebalik jumlah kes tersebut, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi dengan Selangor mendahului senarai dengan 309 kes diikti Kuala Lumpur dengan 183 kes.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi video secara lansung di Facebooknya mengumumkan terdapat 4 lokasi di Lembah Kelang yang telah dikenalpasti sebagai Zon merah.

Empat lokasi tersebut adalah Lembah Pantai, Kepong, Cheras dan Titiwangsa yang kini akan dipantau secara lebih intensif oleh pasukan keselamatan sepanjang tempoh PKP.

“Kawasan ini dianggap sebagai zon merah COVID-19. Pemantauan dan pemerhatian lebih intensif akan dilakukan terutama di kawasan yang mempunyai kes positif jangkitan COVID-19.

Foto : Hasnoor Hussain/TMI

“Kementerian Kesihatan turut mewartakan 11 tempat kuarantin di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan.

Bagi melakukan pantauan secara lehbih intensif 1,413 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bersama 1,500 anggota polis dan 1,500 penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dikerahkan untuk bertugas 24 jam sehari di sekitar ibu negara .

“Dengan penambahan kekuatan daripada ATM, kita akan meningkatkan jumlah sekatan jalan di bandar raya ini daripada 40 kepada 58 sekatan jalan.

“Sekatan dibuat bagi memberi hebahan dan nasihat kepada orang ramai selain untuk memastikan setiap pergerakan yang dibuat berdasarkan keperluan semata-mata,” katanya.

LIVE oleh Menteri Wilayah PersekutuanFB : https://www.facebook.com/AnnuarMusaIG : https://www.instagram.com/annuar.musa56TWITTER : https://twitter.com/annuarmusa#SilaLIKE#SilaFOLLOW#SilaSHARE#OreParlimeTerre#OPT#KWP#MuafakatNasional#HidupRakyat#SemakDanImbang#JanganJalanJalan#JanganLepakLepak#JanganBalikKampung#JanganNakCutiCutiMalaysia#JanganBerkumpul#DudukRumahDiamDiam#LuangkanMasaDenganKeluarga#KekalTenang#WilayahPersekutuanTenang#PerintahKawalanPergerakan#HapusCovid19#SetiausahaAgongBN#MenteriWilayahPersekutuan#TSAMmedia

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Saturday, March 21, 2020

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.