Now Reading
“Selamat Datang Ke Dunia Alaia” -Adib dan Izara Aishah Kongsi Nama dan Gambar Puteri Sulung Mereka (Foto)

“Selamat Datang Ke Dunia Alaia” -Adib dan Izara Aishah Kongsi Nama dan Gambar Puteri Sulung Mereka (Foto)

https://www.instagram.com/p/B_SFVEkJoOm/

Peminat dunia hiburan pasti mengetahui yang pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid  baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada 15 April lalu.

Berita gembira tersebut dimaklumkan ibu-ibu mereka iaitu Tengku Zawiyah dan Dato Seri Siti Nurhaliza menerusi IG namun tiada kemaskini yang dilakukan pasangan ini di platform media sosial milik mereka.

Terbaru Adib Khalid menerusi Instagram akhirnya berkongsi kepada umum nama puteri sulung mereka itu iaitu Irisa Alaia Binti Muhammad Adib.

Bersama posting tersebut Adib turut berkongsi beberapa keping foto comel Irisa untuk tatapan peminat dan orang ramai.

Dibawah kami kongsikan kesemua gambar tersebut untuk tatapan anda :

Sarung tilam dan bantal yang siap bersulam nama Irisa Alaia Foto: Adib Khalid

Wajah girang Adib dan Izara Aishah bersama Alaia Foto: Adib Khalid

Comel kan? Cantik macam ibu dan ayahnya, apa-apa pun kami di Buzzkini sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Izara Aishah dan Adib Khalid atas kelahiran puteri comel mereka ini

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.