Now Reading
Zul Yahya Seru Krew Belakang Tabir Tinggalkan Industri Hiburan

Zul Yahya Seru Krew Belakang Tabir Tinggalkan Industri Hiburan

https://www.instagram.com/tv/CAHwW1EAtBj/

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda


Bekas pelakon, Zul Yahya menyeru penggiat seni terutamanya mereka yang bekerja di belakang tabir untuk melupakan industri hiburan dan memilih pekerjaan yang lebih di redhai Allah SWT.

Menerusi Instagram Zul menyifatkan pekerjaan dalam industri ini dipenuhi dengan dosa dan hanya berpihak kepada keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

Malah menurutnya lagi, rasuah dan salah guna kuasa juga turut menyelubungi industri hiburan .

“Saya nak kongsi satu perkara atas pengalaman dalam bidang ini lebih 20 tahun sebagai anak seni… untuk adik-adik, sahabat yang berada salam industri filem, drama tanah air terutamanya belakang tabir iaitu kru teknikal dan kru produksi.

Ubah kehidupan kita

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industry ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.

“Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsu mereka,” katanya.

Pihak produksi hanya fikir keuntungan sahaja

“Ini yang kita nampak depan mata pernah berlaku nasib kru-kru semua kita tahu mereka bekerja susah payah keluar pagi balik pagi, kerja tak ikut tempat, makan merata-rata, pengorbanan dan usaha mereka tapi pihak atasan tak Nampak pengorbanan itu.

“Ramai sahabat-sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka taka da apa-apa dah la EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak hidup, kejayaan tak ada,” katanya.

Antara sebab dia mengundur diri

Tambah Zul lagi semua ini adalah pengalaman dirinya selama 20 tahun bergelumang dalam dunia seni

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman, itu satu sebab saya undur diri. Selagi belum ada corak baik selagi itu keberkatan taka ada, Sayang sedih tapi banyak jalan kita boleh usahakan, tinggalkan industri ini. Kita penat saja taka da siapa hargai,” jelasnya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.