Sempoi Habis! Ini 5 Cikgu Paling Trending Untuk 2020
Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda
Jatuh bangun sesebuah tamadun dan peradaban adalah bergantung kepada kecemerlangan sistem pendidikannya. Itu membuktikan betapa pentingnya peranan pendidik dalam sesebuah komuniti masyarakat.
Di zaman teknologi yang serba canggih ini, meskipun masih ramai guru yang masih menggunakan teknik sedia ada namun sudah ada segelintir dari mereka yang mula menggunakan pengaruh media sosial dan kecanggihan teknologi masakini sebagai usaha menarik minat anak murid mereka untuk belajar.
Bersempena dengan Hari Guru yang baru sahaja disambut semalam, di bawah kami kongsi 5 guru muda yang paling trending di media sosial sepanjang tahun 2020 ini
#1 Cikgu Fathi Hussain
Melainankan anda memang seorang pakar matematik, anda pasti setuju dengan kenyataan semua orang bahawa Add Math adalah satu subjek yang memang pecah otak.
Namun semua ini kelihatan mudah dengan teknik dan langkah yang diajarkan cikgu Fathi Hussein ini.
Seorang tenaga pengajar di Astro Tutor TV, cikgu Fathi juga begitu popular di Instagram
#2 Sir Uzairi
Satu lagi cikgu kira-kira, Sir Uzairi yang meletup-letup namanya di media sosial. Dengan kekuatan 415,000 followers, setiap video yang dikongsikan cikgu ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan
Dengan muka ala-ala Korea siap dengan rambutnya yang panjang cikgu ini bagaimanapun berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap Matematik yang dianggap membosankan kepada sesuaty yang menyeronokkan.
Yang menariknya Uzairi Taib juga merupakan antara pakar motivasi yang sering diundang ke sekolah-sekolah
#3 Cikgu MK Izzuddin
Kisah Cikgu MK Izudin atau nama sebenarnya Mohd Khairul Izzuddin Shaari yang menjadi tular sewaktu mengajar di sebuah sekolah di Ulu Sarawak sangat menarik perhatian netizen malah ramai yang menjadikannya sebagai satu inspirasi
Rutin hariannya yang perlu berjalan jauh untuk ke sekolah di pedalaman ibarat cukup menarik untuk didengari malah dia juga membawa netizen mendekati kehidupan sebagai cikgu di pedalaman, dengan berkongsi ideo travelognya tentang anak-anak di pedalaman Sarawak yang diberi nama ‘Kembara Pendidik Bumi Pedalaman’
#4 Cikgu Siti Faridah Matt
Nama cikgu Siti Faridah menjadi fenomena di awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan .
Sama seperti guru lain, cikgu Siti Faridah yang mengajar subjek Kimia dan subjek Sains sibuk menyediakan kerja rumah buat pelajarnya yang jauh dan terpisah dari guru susulan dari pelaksanan PKP.
Namun yang menarik nya Siti Faridah menggunakan teknologi dan inovasi kreatifnya apabila tampil dengan skrin layar hijau sewaktu sesi pembelajaran
#5 Cikgu Mas Faiz Hakim
Semakin menempa nama, cikgu Mas Faiz merupakan guru bagi subjek Fizik dan Kimia.
Banyak mengaitkan situasi semasa dengan fomula campuran kimianya, guru muda denga loghat utara yang pekat ini juga berjaya mengubah persektif orang ramai terhadao subjek kimia yang dianggap membosankan dan hanya untuk golongan ‘nerd’ atau ulat buku ke satu takuk yang berbeza
Pelajar perempuan?? Tak terkedip mata semasa Mas Faiz mengajar.
Meskipun hanya 5 nama yang kami senaraikan di sini namun kami percaya anda juga pasti mempunyai senarai ‘top 5’ guru kegemaran atau guru popular anda sendiri.
Satu yang pasti ,setiap ilmu yang kita dikendong akan menjadi bekalan pahala buat mereka hingga ke syurga.
Selamat Hari Guru!