Now Reading
“Pokok Juga Bercakap” – Saintis Sedang Dalami Bahasa Pokok

“Pokok Juga Bercakap” – Saintis Sedang Dalami Bahasa Pokok

Setiap kejadian di muka bumi adakah kehendak Pencipta. Namun suatu yang pasti semua nya hadir dengan fungsi masing-masing tidak kira manusia, binatang juga tumbuh-tumbuhan.

Sebagai contoh penciptaan tumbuhan-tumbuhan terutamanya pokok juga memberi manfaat antaranya kepada manyusia sama ada sebagai sumber makanan, tempat tinggal, pengawalan suhu iklim dan yang terpenting fungsinya sebagai pembekal oksigen.

Namun tahukah anda saintis ketika ini sedang membuat kajian dan cuba mendalami bahasa pokok.

Menerusi satu persidangan , ‘TED Talk’, seorang ahli ekologi, Suzanne Simard, yang sudah 30 tahun melakukan kajian keatas tumbuh-tumbuhan di hutan menjelaskan pokok juga sama seperti manusia, mempunyai bahasa tersendiri dan berkomunikasi sesama mereka.

Tambahnya lagi, hutan sebenarnya ‘lebih’ dari apa yang di lihat manusia malah ia bukan sahaja bertutur sesama mereka malah membantu sesama sendiri.

Simard yang juga seorang professor di University of British Colombia difahamkan sedang merungkai ‘rangkaian’ yang digunakan kawanan flora tersebut dalam memahami bahasa mereka.

Tonton video tersebut di bawah :

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.