Now Reading
“Ini Adalah Rezeki” -Selepas Kek, Kini Mila Jirin Ceburi Bisnes Jual Durian

“Ini Adalah Rezeki” -Selepas Kek, Kini Mila Jirin Ceburi Bisnes Jual Durian

https://www.instagram.com/p/CBNhymanLqK/

Nampaknya Mila Jirin memang seorang yang tidak reti duduk diam. Jika sebelum ini dia dilihat menjual kek, terbaru penyayi ini melipat gandakan usahanya dengan menjual durian pula.

Semua ini di lakukan demi mampu menampung kos operasi dan pengurusan syarikat berasaskan perkahwinan miliknya, Bizmilla yang teruk terjejas susulan penularan wabak Covid-19.

“Apa yang nak di malukan? ya memang betul saya jual durian” tulis Mila di laman instagramnya

Menerusi posting sama Mila turut memuat naik satu video menjelaskan secara ringkas mengenai perniagaan baru syarikatnya itu demi kelangsungan syarikat.

Dalam masa sama Mila turut memaklumkan yang tapai berniaga tersebut terletak di Taman Putra Perdana, Puchong Selangor/

“Ramai kawan tanya betul ke saya jual durian, sebenarnya memang betul buat pertama kalinya kami berniaga durian di Puchong, Selangor.

“Kenapa saya jual durian tahun ni? Ini adalah kerana syarikat berasaskan perkahwinan kami iaitu Bizmilla tak dapat jalankan perniagaan berikutan Covid-19 dan PKP.

“Jadi, saya mengambil inisiatif bersama pasukannya saya untuk menerokai bisnes baharu sebagai penjual buah durian,” katanya.

Tambah pemenang rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke 5 ini , dia kerap kali berpesan kepada pekerjanya semua yang dilakukan mereka adalah rezeki demi menampung kos operasi.

“Saya selalu cakap dengan staf saya ini adalah rezeki kerana kita berniaga hari ini bukan untuk mengejar keuntungan syarikat tapi untuk menampung kos operasi.

“Terima kasih kepada anda yang terus sokong dan membantu kami… bukan hanya durian, kami di Bizmilla turut menjalankan beberapa perniagaan lain untuk tampung kos operasi syarikat,” ujarnya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.