Selepas Disindir Netizen Seolah Minta Edit Foto Secara Percuma, Ini Jawapan Daiyan Trisha
![](https://bahasa.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2020/07/Selepas-Disindir-Netizen-Seolah-Minta-Edit-Foto-Secara-Percuma-Daiyan-Trisha-Akhirnya-Buka-Mulut-.jpg)
Sebagai seorang selebriti, antara cara paling mudah untuk berhubung dengan peminat dan pengikut mereka adalah menerusi media sosial.
Namun lain pula bagi pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila cubaannya untuk berinteraksi dengan orang ramai di Twitter berakhir dengan salah faham.
Bukan sahaja didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap peminatnya malah ada yang menyindirnya hanya kerana status yang dikongsinya pada hujung minggu lalu.
Secara ringkasnya, Daiyan telah memuat naik sekeping foto dirinya di samping props bingkai pintu di laman Twitternya. Menerusi status tersebut dia turut meminta para peminatnya yang kreatif untuk menyunting poster tersebut menjadi seperti gaya poster filem terkenal Korea, Parasite.
Dalam masa sama dia turut meminta mereka untuk menyelitkan tajuk single nya yang terbaru iaitu ‘On My Way’ di dalam poster tersebut
“Boleh tak korang tukar gambar ini jadi seperti poster Parasite tapi tajuk nya digantikan dengan On My Way?”
can y'all turn this into an ala-ala parasite poster but with on my way as the title pic.twitter.com/vXoj4igm4d
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) July 5, 2020
Meskipun ada yang memberikan respon positif dengan menyahut permintaan tersebut , terdapat segelintir yang seolah tidak bersetuju dengan permintaannya yang pada mereka seolah memperlekehkan profession designer.
Segelintir mereka kemudiannya bertindak membalas tweet tersebut berserta foto yang sudahpun siap disunting menyerupai poster Parasite namun sadisnya, ia berupa sindiran kepada Daiyan
Tolong pertimbang untuk mengupah Designer
https://t.co/pQelAqO5Ni pic.twitter.com/XnrYtNeblA
— Tenoq-chan (@tenoq) July 5, 2020
Tidak duduk diam, Daiyan kemudiannya membalas tweet tersebut bagi memperjelaskan keadaan.
Saya sudah punya design dan ianya berbayar
“Saya sudah mempunyai rekaan poster dan ianya berbayar , untuk lagu saya. Saya sentiasa membayar pekerja kreatif, ini adalah satu tuduhan yang begitu menyakitkan.
“Saya hanya mahu berinteraksi bersama pengikut saya. Korang ni kadangkala melebih-lebih,” tulisnya di Twitter.
i HAVE a design, this is the ARTWORK that's PAID for, for my song. YALL. REALLY? i ALWAYS pay my creatives, this is a painful accusation. i just wanted to ENGAGE with my followers. pls la, too much la korang ni sometimes. https://t.co/47kMJkskGP pic.twitter.com/5yCXJUvPDK
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) July 5, 2020
Respons dari Daiyan Trisha kemudiannya mendapat maklum balas yang positif dari orang ramai. Ramai yang bersetuju dengan penjelasannya memandangkan dia sudahpun mempunyai final artwork bagi cover single tersebut .
Meskpipun masih ada yang kurang bersetuju, namun ramai berpendapat penjelasan itu sudah cukup meyakinkan apatah lagi trend meme memang sudah menjadi kebiasaan di dalam media sosial .