Now Reading
“Bang Jat Mengganas Kembali” – Tiada Perubahan Malah Semakin Menjadi, PU Amin Seru Netizen Kembali Boikot Sajat

“Bang Jat Mengganas Kembali” – Tiada Perubahan Malah Semakin Menjadi, PU Amin Seru Netizen Kembali Boikot Sajat

https://www.instagram.com/p/CCXHKKRn9cB/

Netizen dan pengikut usahawan kosmetik Sajat nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pasti perasan yang dia dilihat sudah kembali memuat naik foto-foto ‘ seksi maut’ di laman Instagram miliknya.

Bagai sudah lali ada sesetengah yang sudah tidak mengendahkan apa sahaja perilakunya dan ada juga yang masih menegur Sajat di ruangan komennya.

Namun perkara ini nyata mengundang rasa, penceramah bebas PU Amin yang mengakui kecewa dengan sikapnya justeru menyeru orang ramai agar memboikot usahawan tersebut.

Walaupun sudah berkali-kali  meminta orang ramai membokoi usahawan tersebut namun pada PU Amin dia nekad untuk tidak membiarkan kemungkaran terus berlaku di depan matanya meskipun berdepan ancaman

“Bangjat mengganas kembali. Sebenarnya aku malas dah nak buat benda sama, sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan.

“Kecam , ugut, ancam semua aku dapat dulu sebab tegur benda macam ni, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan aku, maka aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial boikot dan report IG Bang Jat” tulis PU Amin.

 Tambahya dia kecewa dengan tindakan Sajat yang seakan kebal dan tidak lut dengan kecaman yang jelas tidak mengikut fitrah asalnya. Namun masih ramai yang memandang tinggi usahawan tersebut.

“Ingat lagi awal tahun dia pergi mekah, masa tengah saie dekat safa marwah aku nampak dia dengan kawan kawan dia dalam kawasan saie, dekat masjid quba di madinah aku nampak dia juga, pakai pakaian perempuan, aku doa agar Allah bagi hidayah. Aku report dekat pihak berkuasa, dia tetap sama dan kuat.

“Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!

“Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini.

Lantaran tiada perubahan dari usahawan tersebut, PU Amin juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan dengan memadam dan menyekat sebarang perkongsian dari laman sosial media Sajat.

PU Amin juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Sajat

Dia juga turut meminta orang ramai mendoakan agar Sajat bertaubat dan segera kembali ke jalan yang diredahai.

“Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya. Sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya.

“Saya juga desak pihak berkuasa ambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial bangjat dari alam maya. Berikan ruang pada dia untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah. Kita akan terus doakan dia dan dalam masa yang sama TINDAKAN tegas wajib dikenakan pada dia ” tulis pendakwah tersebut panjang lebat di laman Instagramnnya

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.