Now Reading
Converse Dikritik Kerana Jual Kasut Baru Dengan Rupa ‘Kotor’ Pada Harga RM380

Converse Dikritik Kerana Jual Kasut Baru Dengan Rupa ‘Kotor’ Pada Harga RM380

Pasti ramai di antara anda meminati jenama kasut Converse terutamanya siri Chuck Taylor mahupun Jack Purcell. Bukan sahaha harganya yang boleh diterima malah jangka hayatnya juga lama kadangkala melebihi 10 tahun.

Namun Converse baru-baru ini menjadi topik hangat netizen di luar negara selepas mereka menjual kasut baru dengan rupa yang kotor pada harga £70 bersamaan RM 380

Kasut yang diberi nama  Chuck Taylor All Star Basic Wash bagaimanapun tidak diterima dengan baik oleh peminat kasut tersebut apatah lagi dengan harganya yang lebih mahal dari kasut lain memandangkan semua itu boleh mereka lakukan sendiri secara percuma.

Hadir dengan dua warna iaitu warna klasik putih dan biru, siri ini dilaporkan dihasilkan melalui proses membasuh dari kotoran agar dapat memberikan satu look yang berbeza dan old school daripada yang lain

Menyangkakan ia bakal menarik minat perhatian peminatnya, Converse ternyata salah apabila ramai tidak bersetuju dengan strategi mereka malah ada yang merasakan ia hanyalah cubaan melawak

Selain Converse beberapa jenama lain juga pernah menggunakna pendekatan yang sama seperti Gucci yang menjual kasut dengan rupa bentuk kotor dan lama .

Namun sama seperti Converse mereka juga dikecam hebat. Jadi kami sarankan guna strategi lain. Tinggalkan idea ‘kasut baru dengan rupa yang kotor’ yang sememangnya akan gagal .

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.