Now Reading
Dirantai & Dikurung Selama 10 Tahun, Ini Kisah Tragik 3 Gadis Di Sebalik Rumah Yang Dikaburkan Google Maps

Dirantai & Dikurung Selama 10 Tahun, Ini Kisah Tragik 3 Gadis Di Sebalik Rumah Yang Dikaburkan Google Maps

Duduk di rumah sendiri untuk beberapa bulan tanpa melihat dunia pun sudah cukup menyesakkan, ini kan pula diculik dan dikurung selama 10 tahun tanpa rela.

Itu yang dialami 3 orang wanita yang menjadi mangsa seorang iblis bertopengkan manusia di Cleveland, Ohio Amerika Syarikat.

Ariel Castro bukan hanya menculik ketiga gadis tersebut malah bertindak menyeksa fizikal dan mental mereka malah menjadikan mereka bertiga sebagai hamba seksnya di sebuah rumah yang beralamat di 2207, Seymour Avenue Cleveland Ohio selama satu dekad, satu perkara yang pasti menakutkan mana-mana manusia.

Justeru disebabkan itulah Google sehingga kini mengkaburkan pandangan rumah berkenaan dari aplikasi Google Maps dan Google Street View mereka

Tindakan kejam Ariel ini hanya dapat dihidu selepas seorang dari mereka, Amanda Berry berjaya menghubungi polis pada 6 Mei 2013.

Selain Amanda, dua lagi mangsa yang turut berada di dalam rumah itu adalah Michelle Knight (mangsa pertama) dan Georgina Dejesus ( mangsa ketiga) dan mereka semua dicuali diantara tahun 2002 hinggalah ke 2004.

1. Amanda Berry

Amanda Berry merupakan mangsa kedua yang diculik Ariel. Dia sewaktu diculik dilaporkan berumur 17 tahun .

Dia yang merupakan kenalan Ariel difahamkan telah dihampiri Ariel semasa dalam perjalanan pulang dari tempat bekerja. Dia kemudiannya bersetuju untuk menumpang lelaki itu untuk pulang sebelum diumpan oleh Ariel untuk singgah ke rumahnya dengan alasan anak gadis Ariel mahu berjumpa dengannya.

Tiba di sana di di ikat menggunakan rantai besi pada sebatang paip dalam bilik yang gelap gelita.

Rantai yang digunakan untuk mengikat salah seorang dari mangsa Foto : Reuters

Amanda juga orang yang berjaya menghubungi polis seterusnya membongkarkan segala perilaku tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Ariel Costa.

2. Gina DeJesus

Mangsa termuda diantara bertiga,  Georgina Lynn DeJesus hanya berumur 14 tahun ketika diculik. Kesnya menjadi perhatian masyarakat berbanding dua lagi mangsa memandangkan umurnya yang terlalu muda.

Gina sebenarnya merupakan rakan kepada seorang anak kandung Ariel yang bernama Arlene. Mengganggap Ariel adalah ayah rakannya, Gina menerima pelawaan Ariel untuk menghantarnya pulang tanpa mengetahui yang dia bakal di kurung dan dijadika hamba seks oleh lelaki yang layak digelarnya ayah itu.

3. Michelle Knight

Mangsa pertama Ariel yang diculik iaitu pada tahun 2002. Michelle yang merupakan seorang ibu muda ketika kejadian penculikan baru berusia 21 tahun.

Difahamkan dia pada 23 Ogos 2002 tahun sedang dalam perjalanan ke jabatan kebajikan bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya namun disapa Ariel .

Sama seperti dua lagi mangsa, Michelle yang mengenali Ariel sebagai bapa kepada seorang kenalannya bersetuju selepas lelaki tersebut menawar untuk menghantarnya ke destinasi yang ingin ditujui

Berakhir penderitaan selepas 10 tahun

10 tahun menderita, tanggal 6 Mei 2013 ketiga mereka berjaya diselamatkan selepas Amanda berjaya meloloskan diri dan menghubungi pihak berkuasa.

Kejayaan Amanda itu bagaimanapun tidak hadir sekelip mata, dia masih berjaga-jaga kerana Ariel sebelum ini gemar menguji mereka dengan berpura-pura terlupa mengunci pintu hanya untuk memerangkap mereka.

Justeru mereka yang ditangkap cuba melarikan diri akan diseksa seteruk-teruknya menyebabkan kesemua mangsa menjadi takut dan trauma untuk cuba melarikan diri.

Namun nasib ketiga-tiga wanita ini benar-benar baik pada hari kejadian kerana Ariel sememangnya terlupa untuk mengunci pintu tersebut ketika keluar dari rumah. Hasilnya dengan bantuan jiran, Amanda berjaya mendapatkan bantuan sepasukan polis seterusnya menyelamatkan dua lagi rakannya di dalam.

Ariel Castro kemudiannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah dengan bukti yang cukup kuat untuk menghukumnya.

Mati bunuh diri di dalam penjara

Ariel Castro kemudian dipenjara seumur hidup dan 1000 tahun tambahan penjara dan tidak akan mendapat sebarang pembebasan bersyarat selepas mengaku bersalah atas 937 tuduhan, termasuk pembunuhan, penculikan, rogol dan serangan teruk ke atas mereka bertiga.

Namun baru sebulan menjalani hukuman, lelaki kejam ini kemudiannya ditemukan tergantung didalam selnya sebelum disahkan oleh pasukan perubatan penjara selepas gagal menyelamatkannya

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.